Thursday, June 23, 2011

Mengapa Allah Sengaja Menemukan Kita dengan Orang yang Salah?

Tiada seorangpun manusia mengharapkan kesedihan hidup. Tiada seorangpun dapat menjangkakan perjalanan hidupnya. Semua yang terjadi adalah ketentuan Ilahi sekadar menguji sejauhmana keimanan kita yang Yang Maha Esa.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (surah Al-Ankabut, ayat 2-3).
 Menangisi penderitaan hidup bukanlah cara yang tepat. Janganlah kita mencemuh Allah tidak berlaku adil kepada kita, sedangkan Dia Maha Mengetahui yang terbaik buat diri kita.
 “..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya” (surah Al-Baqarah, ayat 216)
Soal jodoh & pertemuan, kita sering tertanya-tanya, mengapa Allah temukan kita dengan orang yang salah. Di sini jawapannya:

Mengapa Allah sengaja menemukan kita dengan orang salah?

1. supaya kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya
2. supaya kita dapat menjadi penilai yg baik
3. supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah
4. supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas bagi diri kita.
5. supaya kita sedar bukanlah pilihan yang hebat untuk kita bahawa Allah Maha Pemurah & Penyayang
6. supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya
8. supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada pada Dia
9. supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal

No comments:

Post a Comment